Bila zaman dah moden ni, ramai wanita tak begitu ambil berat penjagaan pantang. Atau ramai yang berpantang secara moden. Hakikatnya, berpantang secara tradisional dah dipercayai turun temurun mampu mengembalikan kemantapan dalaman tubuh wanita, menguatkan rahim dan badan, mengembalikan bentuk tubuh.
Welcome to Aishah Radhiah Beauty & SPA
Pusat Kecantikan Aishah Radhiah Beauty & Spa mula beroperasi pada 1 February 2013. Spa ini hanya untuk Muslimah.Kami menawarkan pelbagai rawatan yang di inspirasikan dari rawatan tradisional Melayu dan Indonesia.
SPA asal dari perkataan Solus Per Aqua, bermaksud terapi air (balneotherapy) mengikut peredaran zaman, spa berkembang menjadi sebuah pusat kecantikan, merawat tubuh, kesihatan luar dan dalam serta memberi kesegaran. Spa sendiri merupakan satu rangkaian perawatan yang terdiri dari urutan seluruh badan, lulur/body scrub, masker pemutihan, aromatherapy, mandi susu dan lain-lain.
Manfaat spa antara lain menghaluskan, menganjalkan, memutihkan dan memberi nutrisi pada kulit, mengendurkan ketegangan otot, detoksifikasi tubuh untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.
Dengan spa juga kita dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan hipertensi, mengurangi insomnia, stress dan keletihan, mengembalikan keseimbangan tubuh, percaya diri dan kreatif serta melambatkan proses penuaan.
Monday, July 13, 2015
Pakej berpantang tradisional di rumah
Bila zaman dah moden ni, ramai wanita tak begitu ambil berat penjagaan pantang. Atau ramai yang berpantang secara moden. Hakikatnya, berpantang secara tradisional dah dipercayai turun temurun mampu mengembalikan kemantapan dalaman tubuh wanita, menguatkan rahim dan badan, mengembalikan bentuk tubuh.
Monday, June 15, 2015
Tips banyakkan susu ibu
Thursday, June 11, 2015
10 Perkara Penting Ketika Berpantang
Bagi ibu-ibu yang sedang berpantang atau bakal berpantang, adalah amat penting untuk anda mengambil berat berkenaan penjagaan pantang. Bila orang-orang tua cakap "badan nak pakai lama", adalah maksud dan kepentingannya tu. Ikut sahaja okey. Mereka lebih dulu makan garam dari kita.
1. Pemakanan
Ibu-Ibu kena makan makanan yang berkhasiat untuk baby dapat khasiat tu. Makan ikut wartu makan ye. Breakfast, lunch, minum petang, dinner & supper. Memang akan terjadi waktu berpantang kita akan selalu rasa lapar. Ni sebab kita menyusukan anak. Cuba ambil makanan macam biskut kraker yang tak tinggi karbohidrat. Cecah susu panas ke.
Waktu berpantang, perbanyakkan makan makanan yang dimasak dengan halia dan lada hitam. Kalau boleh semua makanan ada dua perkara ni lagi bagus. Halia boleh membantu buang angin dalam badan, lada hitam pula boleh menghangatkan badan.
2. Minum air dengan banyak
Banyak tidaklah bermaksud kene togok air sampai kembung. Jangan cari pasal okay.. Mokcik tak ajar minum sampai kembung. Apa korang boleh buat, minum air segelas sekali minum, tapi minum berkali-kali atau kerap. Banyak mitos kita dengar seperti
"Kiah, jangan minum banyak air. Kembang urat kau karang"
Mitos tu betul, cuma penerimaan kita je salah. Sebenarnya jangan minum air yang banyak sekaligus. Kalau badan kita tak cukup air, macam mana nak ada susu yang banyak untuk baby. Anda juga mungkin berhadapan dengan masalah sembelit kalau kurang air.
3. Berurut
Sangat penting berurut ni untuk betulkan balik dalaman badan wanita lepas bersalin. Penting untuk memastikan rahim tak jatuh, angin dalam badan keluar, urat-urat tak bersimpul dan sistem badan kembali pulih secepatnya. Badan cepat tegap dan luaran pun meletop.
4. Bertungku
Bertungku sangat penting untuk membuang angin dalam badan dan mempercepatkan proses pembuangan darah kotor atau nifas. Selain tu bertungku buat badan sedap, boleh naikkan dan kecutkan peranakan. Lenguh-lenguh badan pun boleh hilang. Paling best, kalau betul cara bertungku, boleh membantu pecahkan lemak juga!
5. Berstokin dan berbaju lengan panjang
Haaaa... Jangan mengada-mengada tak nak pakai stokin n baju tebal-tebal. Badan masuk angin jangan nak komplen sakit sana, sakit sini. Kalau boleh tidur tak payah berkipas. Aircond apatah lagi. 44 hari je korang sengsara sikit, insyaAllah beranak la berapa pun, badan takde la sakit sana-sini.
6. Duduk dengan betul
Ramai yang tak tahu betapa pentingnya duduk dengan betul. Cara duduk yang betul untuk wanita berpantang adalah meluruskan kaki ke depan atau berlunjur. Tak kisah la duduk atas katil ke, atas sofa ke, seelok nya lunjurkan kaki. Memang nampak agak kurang sopan, tapi sangat penting untuk meluruskan urat dan menggalakkan pengaliran darah dengan baik.
7. Berbengkung
Bab ni tak payah cakap banyak pun semua orang akan buat kan. Sebabnya nak kurus punya pasal. Amat penting berbengkung minimum 8 jam sehari. Berbengkung bukan sahaja untuk mengembalikan bentuk badan, tapi penting juga untuk menaikkan peranakan kita.
8. Elakkan banyak membaca atau melihat gadget
Elakkan membaca dan melihat gadget ketika berpantang. Ini kerana lepas bersalin wanita kehilangan banyak darah dan urat dalam badan dan kepala kita pun tidak berada dalam keadaan normal. Membaca dan melihat gadget boleh membuatkan wanita berpantang mengalami pening kepala, pitam atau rabun.
9. Rajin-rajin menyusukan anak dan pump susu.
Pump sekerap setiap dua jam dan beri susu secara direct sekerapnya. Lagi kerap susu 'dipaksa' keluar, lagi banyak susu akan terhasil. Tinggi demand, tinggi lah supply nya. Rileks ketika pump susu akan membantu meningkatkan kuantiti susu. Jangan berasa stress.
10. Kurangkan pergerakan.
Kurangkan dan perlahankan pergerakan anda. Berpantang adalah masa untuk badan wanita berehat. Rehat secukupnya. Curi masa untuk tidur dan rehat ketika baby anda rehat.
Friday, August 15, 2014
Thursday, July 10, 2014
Pakej Berpantang Secara Tradisional di rumah
Pakej berpantang di Seremban, Selangor dan Wilayah Persekutuan
Hubungi 012 9422 798 untuk tempahan
Sunday, June 29, 2014
Friday, June 6, 2014
Thursday, May 29, 2014
Wednesday, April 16, 2014
Wednesday, April 9, 2014
Chocolate Moist Treatment
Berita baik bagi penggemar coklat!!!
Aishah Radhiah Beauty & Spa sekarang ada treatment baru berunsurkan COKLAT.
Treatment Apa???
BODY CHOCOLATE MOIST
(RM 250)
Full Body Chocolate Scrub + Full Body Chocolate Mask + Chocolate Bath
Kebaikan rawatan coklat:
- Anti Oksida yang bagus untuk kulit.
coklat bersifat antioksidan yang mampu melindungi kulit daripada kesan kerosakan berpunca daripada pendedahan kepada matahari atau elemen persekitaran yang lain.- Melembapkan kulit
coklat mempunyai bahan yang mampu melembutkan kulit memandangkan ia kaya dengan mentega koko. Kuasa melembap yang ada padanya dikatakan mampu mengurangkan garis halus dan menghalang radikal bebas merosakkan kandungan elastin, kolagen dan protein yang ada pada kulit.- Membuang sel kulit mati dan meghaluskan kulit sekaligus memberi kesan pencerahan
Coklat juga mampu membantu menjaga kolagen dan melawan kerosakan akibat sinar matahari kerana ia kaya dengan zat baik iaitu flavanoid.
Apa lagi?? Kunjungi Aishah Radhiah Beauty & Spa untuk menikmati rawatan coklat ini
Body Chocolate Moist
Tuesday, April 8, 2014
Pembukaan cawangan baru - KOTA DAMANSARA & AMPANG
Berita gembira untung pelanggan setia Aishah Radhiah Beauty & Spa
Cawangan baru akan dibuka di dua lokasi lain iaitu
The strand, KOTA DAMANSARA
dan
Ampang Point, AMPANG.
Pelancaran kedua cawangan ini dijangkakan akan berlangsung pada Jun 2014
Nantikan pembukaan kami dan jumpa disana!!
Wednesday, January 15, 2014
Friday, January 3, 2014
pakej RATU, penghargaan buat si tubuh
berapa banyak kudrat tubuh diperah seharian? Seminggu? Sebulan?
bagaimana kita menghargainya?
macam mana kalau tubuh merajuk?
sesekali bagi la reward pada tubuh kita agar kembali segar untuk melaksanakan tugas harian
pakej RATU adalah penghargaan terbaik untuk diri anda
luangkan 4 jam sebulan untuk terapi diri
bermula dengan HERBAL SAUNA yang mampu membuang toksid dalam badan agar badan berpeluh dan sihat kembali
disusuli dengan URUTAN TRADISIONAL satu badan yang mampu membuatkan badan anda berasa begitu selesa dan boleh menghilangkan lenguh-lenguh badan
bagi menghilangkan daki dibadan yang dah lama tersimpan dan menebal, rawatan diteruskan dengan LULUR @ SCRUB seluruh badan menggunakan coklat. Ini adalah untuk membuang kulit mati dan menghaluskan kulit
rawatan diteruskan lagi dengan MASKER seluruh badan agar liang liang roma kembali rapat dan kulit kembali tegang dan halus
kemudian manjakan diri dengan BERENDAM SUSU DAN MANDIAN BUNGA yang disertakan perahan limau bagi mendapatkan kesegaran dan kehalusan kulit pada tahap maksimum.
terakhir sekali, rawatan SERI MUKA @ FACIAL yang dilakukan khas untuk menaikkan kembali seri muka serta membuang segala jerawat,bintik hitam dan putih pada muka
semua rawatan ini dapat dinikmati dengan harga RM300 shj
kepada yang berminat memanjakan tubuh dengan pakej ini, diskaun diberikan bagi pelanggan setia. RM1000 untuk 4 kali pekj RATU lengkap dan diberikan percuma sekali rawatan kaki (foot spa)
kunjungi AISHAH RADHIAH BEAUTY & SPA cawangan bangi atau shah alam bagi mendapatkan rawatan ini.cawangan shah alam seksyen 9
cawangan bangi seksyen 8
Sunday, December 22, 2013
MACAM KULIT ORANG KOREA??
TADA....!!!
PRECIOUS BLEMISH BALM CREAM (made in Korea)
kelebihan Precious Blemish Balm Cream
~ SPF yang sangat tinggi:SPF50 /PA+++ sangat efektif untuk melindungi sinar UV A dan UV B yang boleh merosakkan kulit
~ Mengandung Arbutin yang sudah terbukti mencerahkan dan menghaluskan kulit, kulit kusam dan gelap menjadi lebih cerah dan berseri.
~ Anti-penuaan, mengembalikan elastisitas kulit, menghilangkan garis-garis halus
~ Memelihara tingkat PH kulit serta mengawal pembentukan minyak berlebih
~ Melembab, membaiki & membaiki struktur kulit serta mengecilkan pori-pori.
~ Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
Berapa harga Foundation dengan 3 fungsi( sun block, Pelembap & Pencerah, Anti Penuaan ) ni??
RM80.00
..dan boleh didapati di semua cawangan Aishah Radhiah Beauty & Spa



























.jpg)