Welcome to Aishah Radhiah Beauty & SPA


Pusat Kecantikan Aishah Radhiah Beauty & Spa mula beroperasi pada 1 February 2013. Spa ini hanya untuk Muslimah.Kami menawarkan pelbagai rawatan yang di inspirasikan dari rawatan tradisional Melayu dan Indonesia.

SPA asal dari perkataan Solus Per Aqua, bermaksud terapi air (balneotherapy) mengikut peredaran zaman, spa berkembang menjadi sebuah pusat kecantikan, merawat tubuh, kesihatan luar dan dalam serta memberi kesegaran. Spa sendiri merupakan satu rangkaian perawatan yang terdiri dari urutan seluruh badan, lulur/body scrub, masker pemutihan, aromatherapy, mandi susu dan lain-lain.

Manfaat spa antara lain menghaluskan, menganjalkan, memutihkan dan memberi nutrisi pada kulit, mengendurkan ketegangan otot, detoksifikasi tubuh untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.

Dengan spa juga kita dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan hipertensi, mengurangi insomnia, stress dan keletihan, mengembalikan keseimbangan tubuh, percaya diri dan kreatif serta melambatkan proses penuaan.


Monday, July 13, 2015

Pakej berpantang tradisional di rumah

Assalamualaikum...



Bila zaman dah moden ni, ramai wanita tak begitu ambil berat penjagaan pantang. Atau ramai yang berpantang secara moden. Hakikatnya, berpantang secara tradisional dah dipercayai turun temurun mampu mengembalikan kemantapan dalaman tubuh wanita, menguatkan rahim dan badan, mengembalikan bentuk tubuh.


Bagi merealisasikan impian ibu-ibu yang nak berpantang secara tradisional, Aishah Radhiah Beauty & Spa nak bantu ibu-ibu untuk dapatkan penjagaan pantang yang terbaik. Pakej ini terdiri daripada:

Lulur badan


Dilakukan bagi membuang daki-daki terutama di perut, leher dan seluruh badan untuk kulit halus selain menyegarkan badan.

Mandi herba

Herba semulajadi yang sangat bagus untuk menyegarkan, menaikkan aura ibu lepas bersalin, membuang bau hanyir lepas bersalin, menguatkan tubuh dan dalaman ibu berpantang serta memulihkan sistem tubuh badan. Juga membantu membuang angin, kotoran dalaman dan luaran, menghilangkan darah meroyan si ibu. 

Urutan tradisional 


Perkara utama yang perlu dilakukan oleh setiap ibu lepas bersalin. Urutan tradisional berpantang amat penting untuk menguatkan dalaman tubuh, menaikkan kembali rahim ibu, membuang angin dalam badan, membetulkan urat-urat badan dan memulihkan semula otot-otot badan yang dah lama penat mengendong bayi dan melahirkan.

Mandi dan urut bayi



Mengurut bayi yang baru lahir banyak membantu dalam tumbesaran bayi, menguatkan otot bayi serta memberikan bayi tidur yang lena. Bayi yang dijaga rapi dan cukup keperluan nya akan berkeadaan baik dan kurang meragam.

Param, pilis dan pemakaian bengkung

Param dan pilis adalah sangat penting untuk memastikan tubuh ibu sentiasa hangat serta dapat membuang angin dalam badan. Polis sangat penting untuk menghindari pening, rabun dan rasa berat kepala yang dialami ibu. Pemakaian bengkung dengan cara yang betul boleh mengembalikan bentuk tubuh asal ibu. Ini adalah berita yang sangat gembira bagi setiap wanita lepas bersalin bila tubuhnya dapat kembali ke bentuk asal.

Pakej berpantang tradisional di rumah ini adalah merangkumi seluruh Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan. Untuk tempahan, boleh hubungi 

                                                      Aishah Radhiah Beauty & Spa
                                                         www.aishahradhiahspa.com
                                                                    012 9422798

Spa kami juga ada di Bangi, Shah Alam, Ampang, Kota Damansara, Seremban



Monday, June 15, 2015

Tips banyakkan susu ibu

Asslamualaikum..

    Hello sayangs... Ramai yang Mokcik dengar mengadu susu tak banyak la... Tak cukup la... Kesian betul Mokcik dengarnya. Mokcik ada beberapa tips a.k.a petua yang maybe boleh diamalkan. Kita ni jangan berhenti ikhtiar, selebihnya biar Dia tentukan. Tak gitu? Ok, ini tipsnya 


1.  Minum air dengan kuantiti yang banyak 

           Banyak suara-suara yang cakap 

               "Timahhh.... Kau jangan minum air banyan-banyak waktu pantang. Kembang urat kau sok"


          Betul tu. Jangan minum air yang banyak SEKALIGUS. Sebaliknya minus secawan air secara kerap. Mungkin setengah jam sekali. Kalau tak minum air, mana nak datang susu nya.


2.    Tuam breast

       Terutama bagi yang sedang berpantang anak pertama atau yang dah lama tak menyusukan anak. Susu mungkin ada, tetapi tak dapat keluar. Akibatnya bengkak susu which is boleh membawa kepada demam ketika pantang. Cara terbaik untuk masalah ini adalah tuam breast anda. Seelok-eloknya gunakan batu sungai. Kalau tak ada sangat, lipat towel goodmorning tu kasi tebal sikit, lepas tu tutup jug atau cawan yang diisi air panas. Biar stim tu panaskan towel tu. Then tekapkan towel tu pada bahagian atas breast dan bawah ketiak. Cuba tekan-tekan sekeliling breast. Kalau Ada bahagian yang keras atau macam padu je, tuam atau tungku bahagian tu juga. Bahagian tu susu terkumpul.



                    Tempat-tempat mengumpul susu tu akan mengeras disebabkan mungkin tersumbat salurannya. Jadi, bertuam atau bertungku membantu memecahkan susu yang dah membeku tu.


3.   Urut breast

    Urut breast secara mencengkam kearah nipple. Ini untuk meransang saraf dan mengaktifkan kalenjar susu anda.


4.   Buah mata kucing kering.

    Buah mata kucing kering ni sangat bagus untuk kesihatan ibu berpantang dan perbanyakkan susu ibu. Korang boleh beli dekat kedai gingseng cina atau kedai sensei. Sepeket dalam RM5 je. Balik, basuh dan rebus buah tu. Rupa buah tu macam buah laici kang tu bila kena rebus. Airnya pun warna coklat-coklat. Minum air tu dan makan buah tu sekerap mungkin.




Ni rupa nya sebelum direbus


5.    Kerap memerah susu dan direct breastfeed


       Ini paling penting. Kalau tak buat ni, buat la berapa banyak perkara pun, takkan membantu juga. Pump susu sekerap 2 jam sekali walaupun susu tak keluar. Susukan bayi anda sekerap mungkin. Ini bagi menghantar "signal" kepada tubuh kita bahawa "susu tak mencukupi, sila supply lagi". Buat sesuatu yang enjoy ketika memerah susu tu macam menonton tv kegemaran kita ke, baca magazine, dengar lagu, berborak-borak, dan sebagainya. Nanti sedar-sedar je susu dah penuh 1 botol, insyaAllah.


   So, ini 5 tips yang boleh diamalkan. Jangan lupa berdoa kepadaNya. Dia lah sebaik-baik pemberi. Selamat beramal:)


Ikhlas,

Aishah Radhiah Beauty & Spa
Bangi. Shah Alam. Ampang. Kota Damansara. Seremban.
www.aishahradhiahspa.com
012 9422798



Thursday, June 11, 2015

10 Perkara Penting Ketika Berpantang

Assalamualaikum...

Bagi ibu-ibu yang sedang berpantang atau bakal berpantang, adalah amat penting untuk anda mengambil berat berkenaan penjagaan pantang. Bila orang-orang tua cakap "badan nak pakai lama", adalah maksud dan kepentingannya tu. Ikut sahaja okey. Mereka lebih dulu makan garam dari kita.



Ibu-ibu kena sihat dulu sebelum nak sihatkan baby anda


So, 10 perkara penting yang mesti korang ikut ialah (maksud "mesti" sini, sangat-sangat perlu ikut okey )

1.  Pemakanan

    Ibu-Ibu kena makan makanan yang berkhasiat untuk baby dapat khasiat tu. Makan ikut wartu makan ye. Breakfast, lunch, minum petang, dinner & supper. Memang akan terjadi waktu berpantang kita akan selalu rasa lapar. Ni sebab kita menyusukan anak. Cuba ambil makanan macam biskut kraker yang tak tinggi karbohidrat. Cecah susu panas ke.
    Waktu berpantang, perbanyakkan makan makanan yang dimasak dengan halia dan lada hitam. Kalau boleh semua makanan ada dua perkara ni lagi bagus. Halia boleh membantu buang angin dalam badan, lada hitam pula boleh menghangatkan badan.


2. Minum air dengan banyak

      Banyak tidaklah bermaksud kene togok air sampai kembung. Jangan cari pasal okay.. Mokcik tak ajar minum sampai kembung. Apa korang boleh buat, minum air segelas sekali minum, tapi minum berkali-kali atau kerap. Banyak mitos kita dengar seperti

                                "Kiah, jangan minum banyak air. Kembang urat kau karang"

Mitos tu betul, cuma penerimaan kita je salah. Sebenarnya jangan minum air yang banyak sekaligus. Kalau badan kita tak cukup air, macam mana nak ada susu yang banyak untuk baby. Anda juga mungkin berhadapan dengan masalah sembelit kalau kurang air.


3.  Berurut



          Sangat penting berurut ni untuk betulkan balik dalaman badan wanita lepas bersalin. Penting untuk memastikan rahim tak jatuh, angin dalam badan keluar, urat-urat tak bersimpul dan sistem badan kembali pulih secepatnya. Badan cepat tegap dan luaran pun meletop.


4.  Bertungku

        Bertungku sangat penting untuk membuang angin dalam badan dan mempercepatkan proses pembuangan darah kotor atau nifas. Selain tu bertungku buat badan sedap, boleh naikkan dan kecutkan peranakan. Lenguh-lenguh badan pun boleh hilang. Paling best, kalau betul cara bertungku, boleh membantu pecahkan lemak juga!


5.  Berstokin dan berbaju lengan panjang
   

              Haaaa... Jangan mengada-mengada tak nak pakai stokin n baju tebal-tebal. Badan masuk angin jangan nak komplen sakit sana, sakit sini. Kalau boleh tidur tak payah berkipas. Aircond apatah lagi. 44 hari je korang sengsara sikit, insyaAllah beranak la berapa pun, badan takde la sakit sana-sini.


6.   Duduk dengan betul

       Ramai yang tak tahu betapa pentingnya duduk dengan betul. Cara duduk yang betul untuk wanita berpantang adalah meluruskan kaki ke depan atau berlunjur. Tak kisah la duduk atas katil ke, atas sofa ke, seelok nya lunjurkan kaki. Memang nampak agak kurang sopan, tapi sangat penting untuk meluruskan urat dan menggalakkan pengaliran darah dengan baik.


7.  Berbengkung

        Bab ni tak payah cakap banyak pun semua orang akan buat kan. Sebabnya nak kurus punya pasal. Amat penting berbengkung minimum 8 jam sehari. Berbengkung bukan sahaja untuk mengembalikan bentuk badan, tapi penting juga untuk menaikkan peranakan kita.


8.   Elakkan banyak membaca atau melihat gadget


        Elakkan membaca dan melihat gadget ketika berpantang. Ini kerana lepas bersalin wanita kehilangan banyak darah dan urat dalam badan dan kepala kita pun tidak berada dalam keadaan normal. Membaca dan melihat gadget boleh membuatkan wanita berpantang mengalami pening kepala, pitam atau rabun.


9.    Rajin-rajin menyusukan anak dan pump susu.


         Pump sekerap setiap dua jam dan beri susu secara direct sekerapnya. Lagi kerap susu 'dipaksa' keluar, lagi banyak susu akan terhasil. Tinggi demand, tinggi lah supply nya. Rileks ketika pump susu akan membantu meningkatkan kuantiti susu. Jangan berasa stress.


10.    Kurangkan pergerakan.

          Kurangkan dan perlahankan pergerakan anda. Berpantang adalah masa untuk badan wanita berehat. Rehat secukupnya. Curi masa untuk tidur dan rehat ketika baby anda rehat.








Friday, August 15, 2014

aishahradhiahspa.com

Assalamualaikum..

kami telah menggunakan website baru

aishahradhiahspa.com


Thursday, July 10, 2014

Pakej Berpantang Secara Tradisional di rumah

Assalamualaikum...

Pakej berpantang di Seremban, Selangor dan Wilayah Persekutuan

Hubungi 012 9422 798 untuk tempahan