Welcome to Aishah Radhiah Beauty & SPA


Pusat Kecantikan Aishah Radhiah Beauty & Spa mula beroperasi pada 1 February 2013. Spa ini hanya untuk Muslimah.Kami menawarkan pelbagai rawatan yang di inspirasikan dari rawatan tradisional Melayu dan Indonesia.

SPA asal dari perkataan Solus Per Aqua, bermaksud terapi air (balneotherapy) mengikut peredaran zaman, spa berkembang menjadi sebuah pusat kecantikan, merawat tubuh, kesihatan luar dan dalam serta memberi kesegaran. Spa sendiri merupakan satu rangkaian perawatan yang terdiri dari urutan seluruh badan, lulur/body scrub, masker pemutihan, aromatherapy, mandi susu dan lain-lain.

Manfaat spa antara lain menghaluskan, menganjalkan, memutihkan dan memberi nutrisi pada kulit, mengendurkan ketegangan otot, detoksifikasi tubuh untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.

Dengan spa juga kita dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan hipertensi, mengurangi insomnia, stress dan keletihan, mengembalikan keseimbangan tubuh, percaya diri dan kreatif serta melambatkan proses penuaan.


Thursday, June 11, 2015

10 Perkara Penting Ketika Berpantang

Assalamualaikum...

Bagi ibu-ibu yang sedang berpantang atau bakal berpantang, adalah amat penting untuk anda mengambil berat berkenaan penjagaan pantang. Bila orang-orang tua cakap "badan nak pakai lama", adalah maksud dan kepentingannya tu. Ikut sahaja okey. Mereka lebih dulu makan garam dari kita.



Ibu-ibu kena sihat dulu sebelum nak sihatkan baby anda


So, 10 perkara penting yang mesti korang ikut ialah (maksud "mesti" sini, sangat-sangat perlu ikut okey )

1.  Pemakanan

    Ibu-Ibu kena makan makanan yang berkhasiat untuk baby dapat khasiat tu. Makan ikut wartu makan ye. Breakfast, lunch, minum petang, dinner & supper. Memang akan terjadi waktu berpantang kita akan selalu rasa lapar. Ni sebab kita menyusukan anak. Cuba ambil makanan macam biskut kraker yang tak tinggi karbohidrat. Cecah susu panas ke.
    Waktu berpantang, perbanyakkan makan makanan yang dimasak dengan halia dan lada hitam. Kalau boleh semua makanan ada dua perkara ni lagi bagus. Halia boleh membantu buang angin dalam badan, lada hitam pula boleh menghangatkan badan.


2. Minum air dengan banyak

      Banyak tidaklah bermaksud kene togok air sampai kembung. Jangan cari pasal okay.. Mokcik tak ajar minum sampai kembung. Apa korang boleh buat, minum air segelas sekali minum, tapi minum berkali-kali atau kerap. Banyak mitos kita dengar seperti

                                "Kiah, jangan minum banyak air. Kembang urat kau karang"

Mitos tu betul, cuma penerimaan kita je salah. Sebenarnya jangan minum air yang banyak sekaligus. Kalau badan kita tak cukup air, macam mana nak ada susu yang banyak untuk baby. Anda juga mungkin berhadapan dengan masalah sembelit kalau kurang air.


3.  Berurut



          Sangat penting berurut ni untuk betulkan balik dalaman badan wanita lepas bersalin. Penting untuk memastikan rahim tak jatuh, angin dalam badan keluar, urat-urat tak bersimpul dan sistem badan kembali pulih secepatnya. Badan cepat tegap dan luaran pun meletop.


4.  Bertungku

        Bertungku sangat penting untuk membuang angin dalam badan dan mempercepatkan proses pembuangan darah kotor atau nifas. Selain tu bertungku buat badan sedap, boleh naikkan dan kecutkan peranakan. Lenguh-lenguh badan pun boleh hilang. Paling best, kalau betul cara bertungku, boleh membantu pecahkan lemak juga!


5.  Berstokin dan berbaju lengan panjang
   

              Haaaa... Jangan mengada-mengada tak nak pakai stokin n baju tebal-tebal. Badan masuk angin jangan nak komplen sakit sana, sakit sini. Kalau boleh tidur tak payah berkipas. Aircond apatah lagi. 44 hari je korang sengsara sikit, insyaAllah beranak la berapa pun, badan takde la sakit sana-sini.


6.   Duduk dengan betul

       Ramai yang tak tahu betapa pentingnya duduk dengan betul. Cara duduk yang betul untuk wanita berpantang adalah meluruskan kaki ke depan atau berlunjur. Tak kisah la duduk atas katil ke, atas sofa ke, seelok nya lunjurkan kaki. Memang nampak agak kurang sopan, tapi sangat penting untuk meluruskan urat dan menggalakkan pengaliran darah dengan baik.


7.  Berbengkung

        Bab ni tak payah cakap banyak pun semua orang akan buat kan. Sebabnya nak kurus punya pasal. Amat penting berbengkung minimum 8 jam sehari. Berbengkung bukan sahaja untuk mengembalikan bentuk badan, tapi penting juga untuk menaikkan peranakan kita.


8.   Elakkan banyak membaca atau melihat gadget


        Elakkan membaca dan melihat gadget ketika berpantang. Ini kerana lepas bersalin wanita kehilangan banyak darah dan urat dalam badan dan kepala kita pun tidak berada dalam keadaan normal. Membaca dan melihat gadget boleh membuatkan wanita berpantang mengalami pening kepala, pitam atau rabun.


9.    Rajin-rajin menyusukan anak dan pump susu.


         Pump sekerap setiap dua jam dan beri susu secara direct sekerapnya. Lagi kerap susu 'dipaksa' keluar, lagi banyak susu akan terhasil. Tinggi demand, tinggi lah supply nya. Rileks ketika pump susu akan membantu meningkatkan kuantiti susu. Jangan berasa stress.


10.    Kurangkan pergerakan.

          Kurangkan dan perlahankan pergerakan anda. Berpantang adalah masa untuk badan wanita berehat. Rehat secukupnya. Curi masa untuk tidur dan rehat ketika baby anda rehat.








No comments:

Post a Comment