Welcome to Aishah Radhiah Beauty & SPA


Pusat Kecantikan Aishah Radhiah Beauty & Spa mula beroperasi pada 1 February 2013. Spa ini hanya untuk Muslimah.Kami menawarkan pelbagai rawatan yang di inspirasikan dari rawatan tradisional Melayu dan Indonesia.

SPA asal dari perkataan Solus Per Aqua, bermaksud terapi air (balneotherapy) mengikut peredaran zaman, spa berkembang menjadi sebuah pusat kecantikan, merawat tubuh, kesihatan luar dan dalam serta memberi kesegaran. Spa sendiri merupakan satu rangkaian perawatan yang terdiri dari urutan seluruh badan, lulur/body scrub, masker pemutihan, aromatherapy, mandi susu dan lain-lain.

Manfaat spa antara lain menghaluskan, menganjalkan, memutihkan dan memberi nutrisi pada kulit, mengendurkan ketegangan otot, detoksifikasi tubuh untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.

Dengan spa juga kita dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan hipertensi, mengurangi insomnia, stress dan keletihan, mengembalikan keseimbangan tubuh, percaya diri dan kreatif serta melambatkan proses penuaan.


Friday, August 15, 2014

aishahradhiahspa.com

Assalamualaikum..

kami telah menggunakan website baru

aishahradhiahspa.com


Thursday, July 10, 2014

Pakej Berpantang Secara Tradisional di rumah

Assalamualaikum...

Pakej berpantang di Seremban, Selangor dan Wilayah Persekutuan

Hubungi 012 9422 798 untuk tempahan

Wednesday, April 16, 2014

MOTHER'S DAY PROMOTION!!

Assalamualaikum...




Kunjungi Aishah Radhiah Beauty &Spa cawangan bangi atau Shah Alam

Wednesday, April 9, 2014

Chocolate Moist Treatment

Assalamualaikum...


Berita baik bagi penggemar coklat!!!

Aishah Radhiah Beauty & Spa sekarang ada treatment baru berunsurkan COKLAT.

Treatment Apa???

                                        BODY CHOCOLATE MOIST
                                                         (RM 250)
        Full Body Chocolate Scrub + Full Body Chocolate Mask + Chocolate Bath

Kebaikan rawatan coklat:
- Anti Oksida yang bagus untuk kulit.
   coklat bersifat antioksidan yang mampu melindungi kulit daripada kesan kerosakan berpunca daripada pendedahan kepada matahari atau elemen persekitaran yang lain.
- Melembapkan kulit
coklat mempunyai bahan yang mampu melembutkan kulit memandangkan ia kaya dengan mentega koko. Kuasa melembap yang ada padanya dikatakan mampu mengurangkan garis halus dan menghalang radikal bebas merosakkan kandungan elastin, kolagen dan protein yang ada pada kulit.
- Membuang sel kulit mati dan meghaluskan kulit sekaligus memberi kesan pencerahan
Coklat juga mampu membantu menjaga kolagen dan melawan kerosakan akibat sinar matahari kerana ia kaya dengan zat baik iaitu flavanoid.


Apa lagi?? Kunjungi Aishah Radhiah Beauty & Spa untuk menikmati rawatan coklat ini
Body Chocolate Moist  

Tuesday, April 8, 2014

Pembukaan cawangan baru - KOTA DAMANSARA & AMPANG

Assalamualaikum...
Berita gembira untung pelanggan setia Aishah Radhiah Beauty & Spa
Cawangan baru akan dibuka di dua lokasi lain iaitu
The strand, KOTA DAMANSARA
dan
Ampang Point, AMPANG
.
Pelancaran kedua cawangan ini dijangkakan akan berlangsung pada Jun 2014
Nantikan pembukaan kami dan jumpa disana!!

Friday, January 3, 2014

pakej RATU, penghargaan buat si tubuh

Assalamualaikum...
berapa banyak kudrat tubuh diperah seharian? Seminggu? Sebulan?
bagaimana kita menghargainya?
macam mana kalau tubuh merajuk?
sesekali bagi la reward pada tubuh kita agar kembali segar untuk melaksanakan tugas harian
pakej RATU adalah penghargaan terbaik untuk diri anda
luangkan 4 jam sebulan untuk terapi diri
bermula dengan HERBAL SAUNA yang mampu membuang toksid dalam badan agar badan berpeluh dan sihat kembali
disusuli dengan URUTAN TRADISIONAL satu badan yang mampu membuatkan badan anda berasa begitu selesa dan boleh menghilangkan lenguh-lenguh badan
bagi menghilangkan daki dibadan yang dah lama tersimpan dan menebal, rawatan diteruskan dengan LULUR @ SCRUB seluruh badan menggunakan coklat. Ini adalah untuk membuang kulit mati dan menghaluskan kulit
rawatan diteruskan lagi dengan MASKER seluruh badan agar liang liang roma kembali rapat dan kulit kembali tegang dan halus
kemudian manjakan diri dengan BERENDAM SUSU DAN MANDIAN BUNGA yang disertakan perahan limau bagi mendapatkan kesegaran dan kehalusan kulit pada tahap maksimum.
terakhir sekali, rawatan SERI MUKA @ FACIAL yang dilakukan khas untuk menaikkan kembali seri muka serta membuang segala jerawat,bintik hitam dan putih pada muka
semua rawatan ini dapat dinikmati dengan harga RM300 shj
kepada yang berminat memanjakan tubuh dengan pakej ini, diskaun diberikan bagi pelanggan setia. RM1000 untuk 4 kali pekj RATU lengkap dan diberikan percuma sekali rawatan kaki (foot spa)
kunjungi AISHAH RADHIAH BEAUTY & SPA cawangan bangi atau shah alam bagi mendapatkan rawatan ini.
cawangan shah alam seksyen 9
cawangan bangi seksyen 8